Perhimpunan Bersih 2015
Perhimpunan Bersih 2015

Perhimpunan Bersih 2015

4 orang tercedera[2]Perhimpunan Bersih 2015 atau Perhimpunan Bersih 4 adalah siri perhimpunan awam yang telah diadakan pada 29 hingga 30 Ogos di beberapa bandaraya utama seluruh Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.[4] Perhimpunan ini merupakan hasil cetusan dan dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan iaitu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau singkatannya Bersih. Objektif utama badan bukan kerajaan ini adalah untuk menggesa Kerajaan Malaysia yang berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional untuk mengolah kembali dan membaik pulih sistem pemilihan atau pilihanraya berdasarkan konsep keadilan sejagat yang lebih bebas, terbuka dan bersih dari unsur sabotaj, ketirisan dan rasuah pilihanraya.[perlu rujukan] Selain itu sebagai suatu platform bagi mendesak Kerajaan Malaysia mengamlakan sistem pemerintahan lebih demokratik, saksama dan tidak berat sebelah.[perlu rujukan] Perhimpunan Bersih 4 ini merupakan jalinan perhimpunan awam berbangkit sama seperti yang pernah diadakan pada tahun 2007, 2011, 2012. Kelainan perhimpunan bersih kali ini adalah ia bakal dilaksanakan sehari sebelum tanggal sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diadakan pada 31 Ogos 2015.

Perhimpunan Bersih 2015

Status Tamat
Tarikh 29-30 Ogos 2015
Matlamat Untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil dan menyelamatkan ekonomi Malaysia
Lokasi Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching

Rujukan

WikiPedia: Perhimpunan Bersih 2015 http://www.theheatonline.asia/POLITICS/Join-Bersih... http://www.smh.com.au/world/malaysian-pm-najib-raz... http://english.astroawani.com/malaysia-news/bersih... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/be... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2...